PUNCAK GUNUNG JERAI Gunung Jerai setinggi 1,217 meter adalah lambang kemegahan negeri Kedah. Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Hutan Lipur ini agak istimewa keranan kewujudannya terletak di Gunung Jerai dan merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang utama di mana disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian. |
AIR TERJUN PUTERI MANDI Air Terjun Putri Mandi terletak di kaki Gunung Jerai antara air terjun yang menawarkan pemandangan yang cukup cantik, lokasi yang sering dijadikan kawasan training @ jungle tracking dan lokasi riadah yang cukup popular di kalangan penduduk setempat kerana untuk sampai ke Air Terjun Putri Mandi korang perlu mendaki lebih kurang 3 km, melalui trek yang agak mencabar serta anggaran masa yang diambil sekitar 60 minit dimana ini antara lokasi yang amat sesuai untuk beriadah di hujung minggu. |
PANTAI MURNI WATERFRONT Terkenal dengan suasana pantai yang mengasyikkan dan amat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Ia dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau, tandas awam dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna. Pengunjung juga dapat menikmati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Bunting, Telor dan Songsong serta pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja. |