JERAI EVENT MANAGEMENT
MENAWARKAN PAKEJ PERKHIDMATAN PENGURUSAN ACARA &
AKTIVITI LASAK MENEPATI KEPERLUAN DAN CITARASA ANDA
"YAN DAERAH PERLANCONGAN WARISAN"
"YAN THE HERETAGE TOURISM DISTRICT'
YAN adalah merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam Kawasan Parlimen Jerai berpotensi untuk menjadi sebuah daerah pelancongan yang mampu melonjakkan sektor pelancongan di negeri ini dan berupaya menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke daerah ini.
Pelbagai produk pelancongan terdapat di daerah ini, antaranya ialah Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Seri Perigi dan Tangga Kenari. “Di sini juga terdapat tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati oleh pelancong seperti Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Air Terjun Alur Naga yang secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang betapa sejarah yang ada di daerah ini tetap terpelihara dengan sebaiknya.
Selain dari itu Daerah Yan juga mempunyai empat (4) buah iaitu Pulau Bunting, Pulau Songsong, Pulau Telor dan Pulau Bidan yang menarik perhatian pelancung tempatan dan luar Negara dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan seperti Berkayak, Snorkling, Skin Dive, Candat Sotong dan sebagainya.
Bagi yang menggemari aktiviti memancing, Daerah Yan juga terkenal dengan tuas-tuas dan tukun terendak yang mampu menggamit kaki pancing untuk merasai pengalaman dan cabaran yang berbeza.
Daerah Yan juga amat popular dengan ‘nira nipah’ yang dilihat mampu merancakkan sektor pelancongan sekiranya pelancong yang datang ke sini untuk menikmati keenakan nira nipah berkenaan.
“Daerah Yan juga amat kaya dengan hutan lipurnya seperti Hutan Lipur Perigi, Hutan Lipur Sungai Teroi, Hutan Rekreasi Seri Perigi dan Hutan Rekreasi Batu Hampar yang diharap mampu menarik ramai pelancong untuk menghayati keindahan yang ada di hutan lipur ini.
Beliau memberitahu, Daerah Yan berupaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara kerana mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati bersempena Discover Kedah 2006.
Pelbagai perancangan turut dijalankan dengan menaiktaraf kemudahan infrastruktur di daerah ini dalam usaha bersama-sama menjayakan kempen berkenaan agar ianya mampu menjadikan Daerah Yan sebagai sebuah daerah pelancongan di negeri ini.

SEJARAH DAERAH YAN
Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka. Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan " Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu.
Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah " Durian ". Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.
Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali " Kampung Acheh " jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.
Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah sehinggalah berlakunya campurtangan Inggeris yang telahpun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Yan pertama mentadbir Daerah Yan secara rasmi ialah Dato' Indera Segara Madi.

Plan pembangunan Pelancongan Daerah Yan
Plan pembangunan Pelancongan Daerah YanDaerah Yan kaya dengan pelbagai aset semula jadi seperti gunung, pulau, hutan simpan, air terjun, pantai dan dusun buah-buahan dengan disokong oleh persekitaran kawasan perkampungan yang menarik. Ia mampu bertindak sebagai salah satu zon pembangunan pelancongan yang utama di Tanah Besar di Kedah. Kawasan perkampungan, sawah padi dan petempatan nelayan berpotensi untuk diketengahkan sebagai aset pelancongan kampung.
RM2.63 juta untuk naik taraf Pantai Murni
21 Mac 2017 - Sebanyak RM2.63 Juta diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan di Pantai Murni, Yan dekat sini bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

Kuala Muda, Yan Geopark Kedua
24 Julai 2016 - Selepas Geopark Langkawi, kini Kedah bakal mempunyai geopark kedua apabila daerah Yan dan Kuala Muda dicalonkan sebagai kawasan Jerai Geopark.